Tuesday, October 13, 2009

masih belum terlambat...

Daripada Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ‘ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan ‘alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Mereka sesat dan menyesatkan org lain.”
(H.R.Muslim)

ramai mana yg menangis n meratapi pemergian artis2.. begitu juga dengan aktiviti memperingati artis yang telah pergi...

tapi kalau ulama' yang meninggalkan alam dunia ni, sambutan masyarakat amat dingin malah boleh dikatakan sepi... kalam Allah bukanlah satu permainan ataupun ugutan semata2.. tetapi itu adalah janjiNya... janjiNya adalah pasti...

sekarang ni, kalau ulama' bercakap berdasarkan hadith dan nas alquran, hanya segelintir sahaja yang mendengar dan dijadikan iktibar...

apatah lagi kalau bincang bab hukum hakam Allah Taala.. pelbagai hujah yg diutarakan oleh org yang tidak suka akan undang2 Allah.. apakah mereka lebih mengetahui apa yg baik untuk diri mereka??

manusia seperti inilah yg selalu menggunakan logik akal dan ilmu mantik semata2 untuk memutarkan penerimaan org lain terhadap hukum yg telah tertulis di dalam KalamuAllah iaitu Al-quran...


sedikit demi sedikit ulama' yang diambil Allah Taala.. ingatla manusia, jgn ditengok pada keindahan dunia, carilah kebahagiaan yg kekal abadi.. InsyaAllah..

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment